Wednesday, October 3, 2007

Macam Mana Aku Boleh Terjebak Dalam Dunia Radio Amateur nie?

Radio nie dah lama kenal cuma hobi ini belum lagi menimbulkan minat yg sejati pada diri sendiri kerana commitment dan masa tu hobi aku ke arah Playstation,Mod kereta,Lumba (basikal) remote control dan juga lepak2 pekena teh tarik jadi penarik minat aku dari pak zainal 9M2ZA dari aku kecik aku slalu lepak main guli dgn anak dia..aku ada tgk dia buat mcm2 experiment tapi tak tau apa yg dia buat,asyik menekan tut tut tut tut.. rupanya skrg dah tau CW rupanya... morse code rupanya.. skrg pak zainal sudah retire setelah aku ingin mendapat bantuan dan ilmu dari beliau sejak baru2 nie, aku tulis email pada pak zainal tapi dia forwardkan email tersebut kepada 9M2AU dari mares untuk belaja di club house, tetapi tak dapat menghadirikan diri kerana ada urusan tertentu ...ok bab tu abis..di teruskan cerita, pada bulan 3 rakan dari nesrac 9W2REV contact aku melalui forum kereta untuk menceburi bidang radio nie,jadi aku pikir2 berbaloi ke hobi! ini. Last sekali aku pun buat keputusan untuk menceburi radio ini dgn membeli set yang bagi aku mahal dalam RM990 iaitu yaesu FT7800R



http://www.yaesu.com/indexVS.cfm?cmd=DisplayProducts&ProdCatID=106&encProdID=3C10CFA04DF2657239AEACCA0D33FF2E&DivisionID=65&isArchived=0

tapi takpe la skali aje beli..punya la blur mcm mana nak setting tak tau nak wat mcm mana ah main belasah ajer..monitor aje mana2 jalur yg aku dapat scan..hehe..time tu buh antenna pun dalam kereta coz mounting antenna tak dapat dari mazlan(9W2REV) punya la kelakar...main transmit ajer dlm kereta..hahaha..patut la biul skrg nie coz radio radiation kot..hahaha...then first class dgn rakan2 yg di anjurkan oleh 9W2REV dgn bantuan rakan beliau 9W2SHZ org amateur yg pertama kiranyalah aku belaja...ha...dgn rakan2 dulunya SWAL skrg nie dah mempunyai sayap masing2. Mmg lawak time belaja nak pecah kepala pun ada ..hehehe..gambar semasa eyeball dgn 9W2REV dan 9W2SHZ



Setelah belaja guideline yang di terangkan oleh abg mazlan kami seterusnya buat haluan masing2 sehinggalah abg mazlan mengajak rakan2 yang mempunyai kesempatan untuk ke 9M4RNC menimba ilmu bersama rakan2 di sana, terdiri dari cik Farok,Abg Zek,Abg Syed Shehan dan ramai lagi rakan2 dari Nesrac membantu, tapi kena ingat radio ini adalah HOBI! kita perlu bersifat +ve atau terbuka untuk menerima segala nasihat dan juga kena memikirkan setiap org tidak mempunyai masa untuk bercakap atau QSO seperti org lain kekadang org lain mempunyai kerja sendiri, jadi bila kita keluar dari jalur dgn tergesa-gesa seseparuh org anggap kita tidak suka pada mereka, persepsi seperti inilah yang memcemarkan Ham radio minta maaf jika ada sesetengah pihak akan terasa apa yang di perkatakan,tetapi ia merupakan kenyantan apabila kita anggap radio ini terlampau serious, ada QRM sikit kita dah nak gegar org tu menunjukkan kita nie gengste?bukan menunjukkan nilai2 murni seperti bersabar atau pun mengambil langkah buat tak tahu, selagi di layan QRM atau gangguan org lagi suka org tersebut, jadi biarkan aje la dgn QRM itu, buat tak tahu, kalau mereka kacau atau melontarkan kata2 kesat, bukan susah TUTUP RADIO ANDA jangan dengar, kerana QRM ini kita tidak akan dapat kesan kecuali menunggunya di hari pembalasan iaitu AKHIRAT tersebut, jika anda percaya pada Hari AKHIRAT buat byk bersabar,jgn di ikut perasaan tersebut,menunjukkan diri anda tidak hormat pada org lain yang turut mendengar jaluran anda,tujuan cerita sini bukan ingin mengeruhkan air tetapi peringatan kepada rakan2 yang baru atau lama dan juga meningati diri saya sendiri mengenai perkara ini. ha dah melalut..hahah..nnt la sambung esok pulak cerita byk lagi...yang penting Radio adalah HOBI!

de 9W2GSR

No comments: